Khamis, 7 Ogos 2014

BUKU RESEPI PILIHAN HATI

Masa keluar makan tengah hari semalam sempat singgah ke pameran buku oleh POPULAR BOOK di TF MALL. Kebetulan pula, memang tengah mencari buku resepi  1Hari 1Resepi tu. Sebab mase balik raya hari tu adik ipar di kampung pun beli.. macam best je.... adik pun ada juga buku ni, katanya bahan-bahan dalam resepinya mudah dapat...

Selain tu sempat juga sambar satu lagi buku, 50 Hidangan Penambat Selera. kedua2 buku ni dari chef yang sama, Chef Hanieliza. Harga untuk kedua-dua buku ni pun tak lah mahal sangat, tak sampai RM50 pun....(macam pengulas Buku plak rasenya!!!)


 Tak sabar nak cuba resepi-resepi dalam buku ni. Resepi yang terdapat dalam buku-buku ni sesuai untuk majlis rumah terbuka juga. Bleh la pilih-pilih menu lepas ni....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan