Jumaat, 8 Ogos 2014

HARUMAN KASTURI: BUKAN SEKADAR WANGIAN

Saya mengenali wangian ni semenjak saya mengubah siaran radio saya kepada IKIM.fm. Pelikkan bunyinya. Mungkin niat untuk berubah dipermudahkan. selalunya saya dengar dalam kereta on the way pulang dari kerja, ade la dengar sekmen tajaan daripad Al-Mujahid. tentang kelebihan wangian ni.

Tak salah mencubakan kan, barangan lain kita bleh beli, kenapa tidak produk dari saudara seislam kita, wangian sunnah plak tu. Google skit2 dan dapatkan no. telefon Kak Rafisuhaila Rahim (akak ni baik sgt, bnyk saya blaja dari beliau)


Bila wangian ni sampai pada mulanya, Saya agak terkejut sebab bekasnya terlalu kecil, pekat plak tu tak macm minyk wangi biasa. tp bila dibuka harumannya buat kita rase tenang, akak ni siap bagi coklat lagi tau. Baru saya tau tak hairan la testimoni yg saya baca, boleh control marah dan tenang.                  

Saya pun nak kongsikan pengalaman saya, seribu satu macam khasiatnya tau. Malam semalam suami saya demam, agak panas badannya, pkl 2 pagi macm tu terjaga, sakit kepala dan tak selesa badan katanya...

Saya pun cuba letakkan haruman kasturi ni dikepala, hidung dan leher.. selain tu saya tuam juga badannya. Tidak lama lepas tu, saya perasan yang dia lebih selesa, dan tidak lagi terjaga sebab tak selesa badan dan mudah bernafas. Dia tidur sampai ke pagi  lepas tu.... saya pun agak kagum dengan wangian ni..

Saya dah 2 kali order. Harganya pun mampu milik. walau pun agak mahal untuk dibandingkan dengan sizenya, tapi khasiat dan manfaatnya tak ternilai. Sekarang ni saya akn bawa wangian kecil ni kemane je.

Harga wangian kasturi ni  RM50.00. Boleh order dengan saya juga..

Khamis, 7 Ogos 2014

BUKU RESEPI PILIHAN HATI

Masa keluar makan tengah hari semalam sempat singgah ke pameran buku oleh POPULAR BOOK di TF MALL. Kebetulan pula, memang tengah mencari buku resepi  1Hari 1Resepi tu. Sebab mase balik raya hari tu adik ipar di kampung pun beli.. macam best je.... adik pun ada juga buku ni, katanya bahan-bahan dalam resepinya mudah dapat...

Selain tu sempat juga sambar satu lagi buku, 50 Hidangan Penambat Selera. kedua2 buku ni dari chef yang sama, Chef Hanieliza. Harga untuk kedua-dua buku ni pun tak lah mahal sangat, tak sampai RM50 pun....(macam pengulas Buku plak rasenya!!!)


 Tak sabar nak cuba resepi-resepi dalam buku ni. Resepi yang terdapat dalam buku-buku ni sesuai untuk majlis rumah terbuka juga. Bleh la pilih-pilih menu lepas ni....