Resepi orang Pahang. Hampir tidak percaya yang kulit rambai ni boleh dimakan. Tidak terlintas pun.
Resepi ni terkeluar bila kawan pejabat saya bawakan kami seguni buah rambai. Apa lagi sambil makan sambil bersembang, dan keluar macam-macam cerita. Bila Taufiq salah seorang staff, "sedap ni Kak Wa, kalau buat masak lemak ni". Kalau orang muda pun cakap sedap pasti istimewa hidangan ni.
Saya pun tanya pada Kak Tun, yang saya anggap sebagai mak di pejabat ni. Dia pun tunjukkan cara dan bahan-bahannya. kat sini saya tunjukkan cara orang perak masak. Maaf jika derhaka pada resepi. Cara masak pun mungkin berterabur sikit.
Bahan-Bahan
kulit rambai (Dibasuh dan direbus)
Kunyit hidup* (saya pakai serbuk kunyit je)
Bawang kecil*
cili api*
cili hidup*
Serai (dititik)
santan (saya guna Santan kotak)
Ikan tenggiri
Cara Masak
Bahan bertanda * dikisar
masak bahan kisar dan serai hingga agak kering air.
masukkan santan dan kacau selalu. Gunakan api kecil.
masukkan kulit rambai yang direbus. Masak sebentar.
Masukkan ikan tenggiri. Perasakan dengan garam. Tunggu sehingga ikan masak.
Tidak perlu asam keping kerana kulit rambai agak masam.
Percubaan pertama yang berjaya. Alhamdulillah. Warnanya tidak kuning kerana cili yang digunakan semua berwarna merah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan