Isnin, 1 September 2014

CUTI-CUTI DI RUMAH...

Alhamdulillah... No Monday blues.... hehehe sebab mula bekerja hari Selasa. Pagi ni bangun awal dari biasa.
sebab nak masak untuk bekalan adik ipar yang nak balik ke Melaka.

Teringat kat mak di kampung yang pasti akan masakkan bekalan setiap kali saya pulang ke universiti, masa belajar di UiTM P.Pinang dulu. Pastinya Sambal ikan bilis kering menjadi menu, sebab menu tu boleh bertahan lama. Selain itu mak juga akan siapkan bekalan untuk makan bila tiba di kolej, makan dengan kawa-kawan.

Perkara yang sama aku praktikkan bila adik ipar datang kerumah untuk menghabiskan cutinya. kerana di kolejnya tempat makan agak terhad.Faham akan kesusahan di tempat orang selain menjimatkan duit belanja. Lagi pun kalau mak ada pasti dia akan buat perkara yang sama.

Mungkin air tangan kakak ipar tak sama dengan mak sendiri tapi sekurang-kurangnya boleh mengubat rindu pada mak kat kampung. Pagi ni saya masak sotong masak sambal, goreng ikan dan tempoyak. kek yang kami buat bersama pada hari ahad juga menjadi bekalannya. Saya gorengkan keropok ikan dari Terengganu tapi adik menolak mungkin segan ataupun begnya sudah penuh, maklumlah balik dengan bus mungkin payah sedikit. Mungkin bukan rezekinya kali ini.

Mungkin aku sudah terbiasa dengan didikan mak, sikap mak yang tak pernah berkira bab-bab makan, masa, tenaga dan sebagainya. Rindu Mak 200%.

hehehhe



Tiada ulasan:

Catat Ulasan